JACK

Syarikat Jack Agency (2) menjalankan perniagaan sebagai Kontraktor Pembinaan Bangunan Dan Kejuruteraan Awam. Ditubuhkan pada 26 November 2015 di Pekan Tuaran, Sabah dan didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) - G2 pada 27 April 2016. Jenis Pemilikan Perniagaan adalah berbentuk PERKONGSIAN milik bumiputera sepenuhnya.

Syarikat mempunyai keyakinan untuk bersaing dalam pasaran berdasarkan konsep pengurusan yang berteraskan profesionalisme, menekankan kualiti kerja, mengutamakan kepuasan pelanggan dan pengurusan sumber yang cekap dan effesin.

Dengan adanya jaringan perniagaan yang baik pihak pengurusan yakin dapat berdaya maju dan bersaing dengan syarikat-syarikat tempatan yang lain di samping mempunyai keazaman yang kuat untuk memperluaskan perniagaan dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

Pihak pengurusan dalam proses untuk mendaftarkan syarikat sebagai kontarktor perbekalan dan perkhidmatan di Perbendaharaan Malaysia Sabah, Kementerian Kewangan Malaysia.

Vision

BERSAMA MEMARTABATKAN INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA

Mission

UNTUK MENJADI SEBUAH ORGANISASI YANG UNGGUL DAN DISEGANI DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA

Goal & Objective

Kami bermatlamat untuk merealisasikan kecemerlangan industri pembinaan selaras dengan visi syarikat, membentuk sebuah organisasi yang sentiasa berdaya saing dan mampu menyediakan pelbagai peluang pekerjaan. Objektif utama adalah untuk menjadi sebuah syarikat pembinaan, perbekalan dan perkhidmatan dengan menggunakan aplikasi terkini demi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. Sentiasa melakukan perubahan berdasarkan pengalaman dan kepakaran sedia ada melalui latihan yang berterusan dan mutu kerja berkualiti. Menyediakan peluang pekerjaan dalam industri pembinaan, perbekalan dan perkhidmatan,